Majalah dan suratkhabar Melayu merupakan sebahagian daripada sumber sejarah yang sangat berharga, khususnya bagi meneliti sejarah orang Melayu pada zaman dimana orang Melayu masih belum biasa dengan pencatatan berita atau peritstiwa. Majalah dan suratkhabar berbahasa Melayu yang tersenarai di dalam buku ini diterbitkan pada zaman pemerintahan British. Kandungan buku ini telah disusun oleh Badriyah Haji Salleh, Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1999.
Tujuan pengarang menyediakan senarai majalah dan akhbar Melayu terbitan tahun 1887-1968 yang disimpan oleh Perpustakaan USM adalah untuk memberikan panduan khususnya kepada pelajar-pelajar yang major dalam bidang Sejarah dan dapat juga membantu pelajar-pelajar serta penyelidik-penyelidik lain yang mengkaji tentang sejarah Malaysia.
Indeks akhbar dan majalah di dalam buku ini dipaparkan tajuk, tahun, nombor mikrofilem, tahun terbitan, informasi bahan serta subjek atau tajuk dengan tarikhnya.
Bahan-bahan yang tercatat di dalam buku ini boleh dirujuk di Kaunter Mikrobentuk, Bahagian Malaysiana dan Arkib, Tingkat 2, Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.